Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Sukan

Piala FA: Terengganu mara ke suku akhir

KOTA BHARU – Terengganu FC (TFC) menempah slot ke suku akhir Piala FA apabila menyingkirkan pendatang baharu Liga Malaysia, Kelantan United dengan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Beraksi di Liga M3, Kelantan United yang dikendalikan jurulatih, Zahasmi Ismail begitupun mencipta kejutan apabila terlebih dulu di depan selepas Mohamad Rozaimi Azwar berjaya menewaskan penjaga gol TFC, Mohd Suffian Ab Rahman seawal minit kesembilan.

Skuad Penyu yang menurunkan kesebelasan terbaik bagai serba tidak menjadi selepas ketinggalan 1-0 tetapi di sebalik deretan peluang yang diraih tuan rumah, semua tidak menghasilkan jaringan sehingga tamat separuh masa perlawanan.

Terdesak memburu jaringan, gol yang dinanti-nantikan pelawat yang beraksi di Liga Super hadir pada minit ke-50 menerusi pemain import Sanjar Shaakhmedov.

Selang empat minit kemudian, TFC berjaya melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol kedua menerusi penyerang import dari Ivory Coast, Tchectche Kipre.

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan United menggandakan usaha bagi melegakan penyokong mereka dengan melancarkan serangan bertali arus dan hampir bangkit pada minit ke-58 menerusi Fakhrul Zaman.

Begitupun, TFC yang berjaya menambah jaringan menerusi pemain import kelahiran England, Lee Tuck pada minit ke-73 dengan kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén