Piala AFF Suzuki: Gol Vietnam tidak sah kerana offside?

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan Vietnam yang menewaskan Malaysia dengan agregat 3-2 sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya membawa bekalan dua gol ke Hanoi selepas aksi pertama Selasa lalu, namun dikejutkan seawal minit ketujuh sepakan padu oleh Nguyen Anh Duc.

Bagaimanpun, ada sesuatu yang tidak sedap didengar mengenai gol kemenangan tersebut.

Hasil pemerhatian daripada rakaman video, gol itu sebenarnya tidak sah kerana salah seorang daripada pemain Vietnam berada dalam posisi offside.

Keadaan itu menyebabkan peminat Malaysia berang dan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Saksikan video gol di bawah dan berikan komen anda mengenainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *