Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Piagam UMNO-Pas biasa-biasa sahaja, kata Wan Azizah

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beranggapan piagam yang akan dibentuk antara Pas dan UMNO merupakan perkara biasa dan hanya bersifat politik.

Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil kira faktor rakyat majmuk dalam usaha membangunkan negara.

“Mahu buat satu piagam itu eloklah, tetapi kita selama ini nak buat yang lebih baik untuk negara dengan mengambil kira rakyat majmuk.

“Kita mahu bangunkan Malaysia dengan kemakmuran bersama seperti yang sentiasa ditekankan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pada program Wacana Ilmu Sri Satria, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai piagam Pas-UMNO yang memeterai kerjasama antara kedua-dia parti itu, bulan depan.

Dalam pada itu ditanya sama ada PH sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wan Azizah berkata, keutamaan kini diberikan untuk membina negara terlebih dahulu.

“Memang parti politik kena sentiasa bersedia pada bila-bila masa, namun aspek pilihan raya itu buat masa sekarang tidak dibangkitkan.

“Sekarang kita mahu bina negara, mungkin dalam empat tahun lagi (PRU-15),” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén