Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

PH yakin tidak kalah jika diadakan PRU15 sekarang – Tun M

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yakin tidak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika diadakan sekarang.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH hari ini dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat atas beberapa alasan termasuklah rakyat tidak akan menerima balik kepemimpinan terdahulu.

“Kita yakin walaupun ada yang berkata kita akan kalah, tetapi kita yakin kalau kita bertanding hari ini pun kita boleh menang.

“Tidak ada siapa hendak ambil balik Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau sebelum itu mengulas kenyataan dakwaan PH akan kalah dengan mengaitkan anggapan tersebut timbul disebabkan masalah komunikasi termasuk pihak media yang lebih gemar membuat laporan berbentuk kontroversi.

Dr. Mahathir mahu pihak media membuat laporan dengan baik terutama isu-isu yang berisiko menggugat keharmonian negara. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén