Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

PH tak perlu mohon maaf kepada rakyat walaupun gagal tunai janji

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu memohon maaf kepada rakyat walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam 100 hari yang menjadi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan berusaha memastikan segala janji terlaksana.

Katanya, ada antaranya sudah ditunaikan seperti meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, selain pemberian insentif kepada suri rumah menerusi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

“Tidaklah (PH perlu mohon maaf pada rakyat). Memang ia tidak seperti yang kita harapkan, namun kita sudah cuba sedaya upaya.

“Sekurang-kurangnya di kementerian, saya sudah buat i-Suri dan berjaya mempromosi serta menjalankan program itu.

“Bukan mudah melaksanakan semua kerana kita tidak ada cukup maklumat (ketika menjadi pembangkang) untuk menyelesaikan masalah.

“Saya bukan memberi alasan mengapa kami tidak mencapai sasaran tapi kami cuba dengan sedaya-upaya,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau ditanya mengenai pencapaian PH mentadbir kerajaan yang bakal mencecah100 hari pada Sabtu ini, selain sama ada mereka perlu meminta maaf kerana gagal menunaikan 10 janji dalam tempoh terbabit.

Antara 10 janji manifesto PH dalam tempoh 100 hari memerintah adalah menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup rakyat, menstabilkan harga petrol, menghapuskan hutang peneroka FELDA dan memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

Turut disenaraikan, menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara dan meningkatkannya, selain menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

5 Comments

  1. Rahim

    Mak cik ooii.. ’Tak perlu mohon maaf’..berada kamu di atas krna sokongan rakyat yg trmakan tipu muslihat kmu ..kmu dah tentu kaya raya tak terguris..bgi rakyat ia nya hancur bak kaca berderai..mengharap dan berharap..dah jadi menteri pun jgn jadi bodoh sbgaimna kmu mmbodohkan kmi rakyat

  2. Rahim

    Mak cik ooii.. ’Tak perlu mohon maaf’..berada kamu di atas krna sokongan rakyat yg trmakan tipu muslihat kmu ..kmu dah tentu kaya raya tak terguris..bgi rakyat ia nya hancur bak kaca berderai..mengharap dan berharap..dah jadi menteri pun jgn asyil kmu mmbodohkan kmi rakyat

  3. Tak pa lah Kak Zah oooi. KakZah tak ada kuasa utk tunai janji2 tu. Cuba selalulah berdoa agar Suami Kak Zah tu kekal selama2nya jd BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA.

  4. Dzul

    Bongkak btul. BN berpuluh tahun pn rkyt ubah, inikan pula yg baru2 naik tapi da tunjuk tahi, phuii

    • Pekedai

      Kalau kami2 ni tukar pafa umno dan pas nanti..kau dan puak2 jgn kata apa2 kunci mulut tu…tools mu jual dahulu..mscamana kerja nk jalan bodoh!

Leave a Reply

Theme by Anders Norén