Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

PH kalah kerana gagal tunai janji Buku Harapan – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kekalahan pada PRK Parlimen Tanjung Piai merupakan manifestasi kekecewaan rakyat Malaysia terhadap proses pembaharuan yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH).

Itu rumusan DAP melalui penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

Ia juga menggambarkan perasaan tidak gembira pengundi yang mewakili semua rakyat, terhadap kemajuan pembaharuan yang dilaksanakan sejak PRU-14, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, DAP hari ini menggesa satu semakan segera ke atas pelaksanaan pembaharuan yang dijanjikan oleh PH seelum pilihan raya umum Mei tahun lepas berikutan kekalahan besar calon gabungan politik itu dalam PRK Tanjung Piai semalam.

“Ia akan menjadi agenda pertama DAP dan Pakatan Harapan selepas PRK Tanjung Piai,” kata Kit Siang lagi.

Semalam, calon Barisan Nasional (BN) , Datuk Seri Wee Jeck Seng mengalahkan calon PH, Karmaine Sardini dengan majoriti besar iaitu 15, 086 undi untuk merampas semula kerusi parlimen berkenaan.

Kit Siang juga menegaskan, proses pembaharuan yang perlu dilaksanakan berdasarkan janji dalam Buku Harapan dalam manifesto PRU-14 lalu.

Majlis Presiden PH telah menubuhkan sebuah jawatankuasa semakan khas untuk tujuan itu, katanya.- MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén