Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

PH asyik berpolitik, warga pekerja teraniaya

KUALA LUMPUR – Keghairahan para menteri berpolitik secara keterlaluan menjadi punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menyediakan peluang pekerjaan sebagaimana yang dijanjikan serta menyebabkan warga pekerja tempatan teraniaya.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna Pas, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, hal itu dapat dilihat apabila secara purata 1,625 pekerja dibuang setiap bulan tahun ini berbanding tahun lepas tidak termasuk kedudukan atau jawatan bersangkutan dengan politik.

Malah, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan kecanduan politikus PH mengejar sokongan undi telah menjulang sikap perkauman sehingga mempengaruhi sektor pekerjaan.

“Akhirnya, daripada isu penawaran peluang pekerjaan dan pengangguran menjadi kepada isu penindasan ke atas warga pekerja. Keadaan ini menjadikan semua ‘harapan’, janji dan idealisme yang dikemukakan PH tidak lebih daripada kepalsuan serta retorik semata-mata.

“Keadaan makin parah apabila aspek urus tadbir berkaitan antaranya pelaburan asing telah dibayangi kesangsian lantaran negara dimomokkan dengan hutang hingga RM1 trilion oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, tindakan tidak cerdik kerajaan PH itu turut memberi kelebihan kepada pekerja asing yang akan terus masuk melalui pelbagai projek mega hasil pusingan U pentadbiran.

Katanya, hal itu sama sekali tidak dapat diterima memandangkan ramai pekerja tempatan diberhentikan dan dikenakan syarat lebih ketat berbanding pekerja asing yang dimanjakan kerajaan PH.

“Ada baiknya para menteri serta timbalan mereka bagi portfolio berkaitan berundur secara terhormat. Warga pekerja memerlukan pemimpin dan bukannya politikus yang leka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén