Pesta arak: Tiada bantahan dari Dr Mujahid?

0
520

SERDANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa umat Islam supaya tidak menyertai pesta arak Oktoberfest walaupun beliau secara dasarnya tidak menghalang pesta itu dianjurkan.

Ini kerana, pesta arak tersebut dilaporkan telah mendapat kelulusan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang juga rakannya dalam Parti Amanah Negara (PAN) dengan beberapa syarat.

Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.

“Saya sedang berbincang dengan pihak mufti (mengenai penganjuran Oktoberfest, namun secara asasnya apa saja perkara mungkar seperti minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai.

“Lain daripada itu, Menteri Wilayah yang akan uruskan daripada segi perundangan, kalau diizinkan, apa syaratnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Mujahid turut berpesan kepada Khalid supaya memastikan penganjuran pesta tersebut tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

“Saya juga berhubung secara rapat dengan YB Khalid (dan berpesan) supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here