Pesta arak di Mid Valley boleh diteruskan – DBKL

0
1538

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menghalang pesta arak ‘Oktoberfest 2018’ yang berlangsung di Mid Valley hari ini selagi selagi tidak melanggar undang-undang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ia mengambil kira pesta di kompleks membeli-belah itu dijalankan secara tertutup dan tidak dilakukan di kawasan terbuka.

“Oktoberfest itu kalau dalam premis tidak ada keluar, tidak ada mabuk kacau orang dalam premis tidak apa sebab mereka memang jual arak, alkohol di dalam tu.

“Kalau minum dalam premis tu, minumlah tapi kalau letak iklan besar-besar itu tidak boleh, itu kita akan turunkan bagaimana kita telah buat terhadap iklan yang dipasang di Sungai Besi kita turunkan serta merta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018, di sini, hari ini.

Beliau dalam masa sama mengesahkan DBKL sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan pesta arak.

Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan

Namun ujarnya, pemantauan akan tetap dilaksanakan terhadap penganjuran pesta arak di Mid Valley itu untuk memastikan ia tidak dibawa keluar.

“Memang setakat ini saya tidak menerima sebarang permohonan. Mid Valley tu kita pergi (buat tinjauan) sebab ia di dalam. Tapi kita tetap akan pantau, jika dibawa keluar kita sita,”katanya.

Terdahulu pada Selasa lalu, Menteri Wilayah Khalid Samad berkata, pesta arak ‘Oktorberfest 2018’ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan DBKL.

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here