Portal berita terbaik anda

Utama

Perut makin membuncit, kanak-kanak derita komplikasi pankreas

PENDERITAAN seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Pancreatic Pseudocyst mendapat perhatian netizen apabila kisahnya tular di media sosial, semalam.

Kanak-kanak berkenaan, Muhammad Faris Amir Rastam, 9, mengalami penyakit itu sejak Ogos lalu dan menyebabkan perutnya membuncit.

Berikutn itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan pangkreas pada 18 Oktober ini bagi mengeluarkan cecair yang berlebihan di dalam perutnya.

Sementara itu, ibu Muhammad Faris, Mastura Mohamad yang bekerja sebagai operator kilang terpaksa bercuti tanpa gaji sejak anaknya dimasukkan ke hospital pada 1 Oktober lalu.

Menurut Mastura, segala kos perubatan Faris kini ditanggung menggunakan GL bapa tiri Faris tetapi mereka merayu bantuan orang ramai bagi menampung pembelian ubat, pampers, susu serta peralatan khas untuk Muhammad Faris minum susu melalui leher.

Loading...

Leave a Reply