Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Pertahan kejuaraan UFC, gambar Khabib solat sebelum pertarungan tular

PERTARUNGAN antara Khabib Nurmagomedov dan lawannya Conor McGregor menerusi sukan seni bela diri campuran (MMA) pada Oktober tahun lalu telah menjadi perhatian jutaan penonton di serata dunia.

Perlawanan tersebut secara tidak langsung menjadi kebanggaan umat Islam kerana pemain itu sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai matlamat utama.

Terbaru, tular di media sosial sekeping gambar pemain berusia 30 tahun itu sedang mengimamkan solat bersama beberapa kenalan dan rakan media sebelum memulakan perlawanan pada Sabtu lalu.

Pertarungan itu menyaksikan jaguh dari Dagestan, Rusia berkenaan berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC setelah mengalahkan Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

View this post on Instagram

 

⌛️🦅

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Rata-rata netizen mengucapkan syukur dan kagum dengan tindakan Khabib yang boleh dijadikan sebagai ikon terbaik dalam perlawanan sukan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén