Pernah tular selamatkan bayi mangsa banjir, anggota bomba meninggal dunia akibat demam panas

SEORANG anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu disahkan meninggal dunia semalam selepas hampir dua minggu dirawat di Hospital Selayang akibat demam panas.

Mohd Hasrul Afiq Othman dilaporkan diserang demam panas (mungkin disebabkan kencing tikus) selepas melakukan misi menyelamat mangsa banjir awal Januari lalu.

Pada 15 Januari lalu, arwah dimasukkan ke hospital sebelum tidak sedarkan diri sehinggalah hari beliau menghembuskan nafas terakhir.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan kuman dalam paru-paru Allahyarham.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerling, Kuala Kubu Bharu.

Sementara itu, ahli keluarga dan rakan-rakan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan buat mereka kerana beliau seorang yang komited dalam kerja termasuklah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Diafahamkan, Allahyarham Hasrul Afiq baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dua bulan lalu.

Semoga isterinya tabah dengan ujian yang berat ini.

Al-Fatihah..

Loading...

Leave a Reply