Portal berita terbaik anda

Utama

Permohonan maaf pemuda sebar Munafik 2 secara haram

Susulan kes saman pihak Skop Productions Sdn Bhd terhadap pemuda yang memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 dalam media sosial, pemuda terbabit telah tampil memohon maaf berhubung tindakannya sebelum ini.

Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, berkata tindakan mahkamah yang mengarahkannya membayar denda RM100,000 betul-betul membuatkan dirinya tersentak.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara dan masih berkesempatan untuk menjaga kedua-dua ibu-bapanya.

“Tindakan mahkamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 sebagai gantirugi kepada pihak Skop betul-betul membuatkan saya tersentak.

“Tapi saya bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara. Sekurang kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua-dua ibu bapa saya yang kian meningkat usia,” katanya.

Tambah Izwan lagi, dia berjanji akan membayar gantirugi tersebut kepada pihak Skop walaupun terpaksa bekerja keras sepanjang hayatnya.

“Saya tak kisah tiada kereta, tiada rumah sendiri, walau tiada jodoh sekalipun, saya berjanji akan bayar juga walaupun sikit-sikit kepada pihak Skop,” katanya.

Izwan turut memberi peringatan kepada individu lain supaya berhenti melakukan aktiviti-aktiviti sedemikian kerana salah dan melanggar undang-undang hakcipta negara.

“Jangan anggap benda ini mudah dan ringan kerana saya pun macam itu juga pada mulanya tapi tengoklah sekarang kesan dan implikasinya yang sedang saya hadapi.

“Dunia sekarang makin canggih, kalau pakai VPN sekalipun, mereka boleh kesan anda melalui ISP. Sebab itu jangan anggap mudah perkara-perkara sebegini,” katanya.

Izwan tidak menyangka hobinya yang suka berkongsi pautan filem telah memudaratkan dirinya sendiri.

Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang telah banyak menyusahkan bukan sahaja dirinya malah kepada ibu bapa serta orang di sekelilingnya.

“Saya betul-betul menyesal dengan apa yang telah terjadi. Saya tidak sangka perkara yang saya anggap remeh selama ini boleh menjadi sebesar ini sehingga mengelapkan masa depan saya,” katanya.

Loading...

Leave a Reply