Permohonan Program DPLI 2018 Online (Universiti Malaya)

0
2054

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018. Berita baik kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang ingin menjadi guru. Permohonan Program DPLI 2018 Universiti Malaya kini dibuka!

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini adalah program yang ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat untuk menjadi guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk Sekolah Berasrama Penuh.

DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) — PISMP dikhaskan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi guru manakala DPLI adalah untuk mereka yang sudah memiliki Ijazah.

PERMOHONAN PROGRAM DPLI 2018 ONLINE

DPLI adalah salah satu laluan bagi melayakkan anda menjadi guru.

Kursus ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Walau bagaimana pun banyak program DPLI telah dimansuhkan disebabkan lambakan guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan yang masih belum mendapat tempat mengajar.

Namun peluang menyertai program DPLI 2018 anjuran Universiti Malaya jangan disia-siakan begitu sahaja. Jika anda layak dan berminat untuk menjadi guru, pastikan anda mohon sekarang!

Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Pendidikan Pra Sekolah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Muzik

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan program DPLI 2018 adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  6. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  7. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  8. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  9. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MEMOHON

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon anda boleh layari https://pgadmission.um.edu.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here