Portal berita terbaik anda

Politik

‘Perlis contoh kenapa anak muda meluat pada Umno’ – Mas Ermieyati

Krisis kepemimpinan Perlis bukan saja meresahkan orang ramai tetapi turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin Umno.

Ketua Puteri Umno Malaysia misalnya berpendapat apa yang berlaku di Perlis hari ini akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan.

Menurut Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada umumnya Perlis bukanlah kawasan yang besar berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Kata anggota parlimen Masjid Tanah, Melaka itu dalam keadaan demikian sepatutnya pemimpin dan rakyat Perlis boleh berpakat.

“Negeri sebesar daerah (saja) tapi ada DUN (dewan undangan negeri), MB (menteri besar), ahli parlimen di kalangan Umno dan ada Raja, Perlis sepatutnya sepakat,” katanya melalui Twitter.

Perlis menjadi sebutan hari ini apabila berlaku krisis kepemimpinan ekoran pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

Azlan mengangkat sumpah jawatan di depan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mas Ermieyati berkata apa yang berlaku bepunca daripada sikap berebut kuasa.

“Disebabkan sikap berebut kuasa yang tak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno. #berubahlah,” ciapnya.

Loading...

Leave a Reply