Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Perli ijazah menteri, penyokong PH mahu Mira Filzah diambil tindakan tegas

KEBODOHAN seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, individu yang menggunakan nama Facebook Shamsul Omar ini mahu TV3 meminta maaf kerana membiarkan hos AJL 33, Sherry Al Hadad menyebut perkataan ‘Bossku’ ketika siaran langsung anugerah tersebut baru-baru ini, kini dia kembali meminta pihak SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan ke atas pelakon Mira Milzah kerana dikatakan menghina taraf pendidikan menteri PH.

Semalam, Mira Filzah telah memuat naik gambar beliau berpakaian konvo bersama-sama sekeping ijazah berserta status “Ijazah Perniagaan Antarabangsa di UiTM Shah Alam. Ijazah ‘ori’ bukan ‘copy’ tau..” di Facebook miliknya.

Tindakan itu telah menaikkan kemarahan Shamsul yang menganggap ia satu cubaan untuk menghina menteri PH yang telah kantoi menipu ijazah masing-masing.

Shamsul mahu Mira Milzah menarik balik posting berkenaan dan memohon maaf secara terbuka di atas tindakannya.

1 Comment

  1. Mohd Feroz bin Sulaiman

    Samsul ni otak atas lutut. Sememangnya menteri sekarang ni kebanyakannya low class. Itu kenyataan yabg sudah dibukti.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén