Portal berita terbaik anda

Utama

Perkara biasa pembangkang cuba lemahkan kerajaan – KPN

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, adalah perkara biasa jika pembangkang cuba melemahkan kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata, tindakan itu biasa berlaku apabila terdapat perubahan tampuk pemerintahan dan pertukaran kerajaan.

“Saya tidak menuduh sesiapa, tetapi saya berkata ia adalah perkara biasa seperti yang berlaku ini (cuba melemahkan kerajaan dengan mencetuskan ketegangan).

“Pihak yang kalah akan cuba melemahkan siapa yang menang. Ia mudah,” katanya dalam jawapan ringkas kepada media selepas menghadiri Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-62 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Abdul Hamid dalam temubual bersama The South China Morning Post mendakwa pembangkang menjadi penyebab ketegangan kaum dan agama di negara ini.

The South China Morning Post melaporkan, Abdul Hamid menyifatkan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini ‘menyusahkan’.

Baru-baru ini, Abdul Hamid turut mengeluarkan kenyataan mana-mana individu termasuk pemimpin politik yang membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama akan disiasat dan ditangkap serta-merta.

Loading...

Leave a Reply