Perjanjian minyak sawit bernilai RM3.4 bilion, apa peneroka dapat?

BERITA yang tersiar tentang ‘kejayaan’ Malaysia menjual minyak sawit sebanyak 1.62 juta tan, membuatkan ramai yang tersengih lebar.

Lebih-lebih lagi apabila diberitakan, nilai perdagangan tersebut adalah AS$890 juta (RM3.4 bilion) berdasarkan kepada harga semasa.

Butiran perjanjian adalah seperti berikut:

  1. Yantai Tianmao Edible Ltd Co dengan Sime Darby Plantation Bhd, 100,000 tan.
  2. Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan SOP Edible Oils Sdn Bhd , 100,000 tan
  3. Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan Cacao Paramount Sdn Bhd (a subsidiary of Teck Guan Group), 120,000 tan.
  4. Yang terbesar adalah di antara Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co Ltd, dengan PGEO Marketing Sdn Bhd 1.3 juta tan.

Baca: Malaysia, China sign palm oil purchase deals worth US$891 mil

Perjanjian urusniaga tersebut telah ditandatangani antara Menteri Perusahaan Utama Malaysia, Teresa Kok dengan Duta China ke Malaysia, Bai Tian.

Secara luarannya sangat menarik. Namun apa keuntungan yang akan diperolehi oleh peneroka-peneroka FELDA dan FELCRA mahupun pekebun-pekebun kecil sawit yang lain?

Hampir tidak ada.

Sebaliknya mereka akan menjadi hamba abdi yang terpaksa menerima harga murah memandangkan perjanjian yang dimeterai oleh Teresa Kok itu adalah untuk memberi kuasa kepada ROBERT KUOK, salah seorang ahli Majlis Penasihat yang membabitkan kroni-kroni Mahathir.

Ramai yang melihat perjanjian tersebut dimeterai selepas Malaysia bersetuju untuk membayar gantirugi RM200 juta yang Mahathir anggap sebagai bayaran hutang Malaysia yang dibuat oleh Najib kepada China untuk projek ECRL, sekalipun ia sebenarnya sebahagian daripada gantirugi yang dituntut oleh China kerana Malaysia membatalkan projek ECRL yang telah 20 peratus siap.

Apa yang paling nyata, perjanjian tersebut sebenarnya adalah untuk melebarkan lagi kekayaan Robert Kuok ke atas rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang terbabit dalam industri sawit khususnya warga FELDA dan FELCRA.

Ini adalah kerana Yihai Kerry (Shanghai) Internation Trade Co, yang mendatangani perjanjian pembelian 1.3 tan olen sawit dari PGEO Marketing Sdn. Bhd mempunyai kaitan langsung dengan Robert Kuok.

PGEO Group itu keseluruhannya dimiliki oleh Wilmar International Limited dan merupakan salah satu kumpulan perniagaan agro integrasi terbesar Asia.

Wilmar dimiliki oleh keluarga Robert Kuok manakala pejabatnya pula terletak di Singapura.

Perkara ini telah disebut dan dibincangkan secara meluas oleh netizen sejak tujuh bulan lalu selain kesan-kesan buruknya terhadap peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun-pekebun kecil sawit yang kebanyakannya adalah Melayu-Bumiputera.

Loading...

Leave a Reply