Portal berita terbaik anda

Utama

Perginya kamu di penghulu segala hari, guru sebak bekas pelajar maut kemalangan

PASIR GUDANG – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar pokok berhampiran Litar Pasir Gudang, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 6.09 petang, kereta Proton Wira dipandu M Nor Sabirin Zainal, 21, hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta tersebut seakan ‘melekat’ pada pangkal pokok dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Shahrol Suboh berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Res-Q Tools.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit dan disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan yang hadir. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 6.50 petang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, pemergian arwah ditangisi kenalan dan bekas gurunya, Razlin Azlina.

“Innalillah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ajal dan maut tidak mengenal usia. Perginya kamu di penghulu segala hari. Kamu memang baik, bahasa yang baik.

“Teringat akan kisah di mana gambar ini berbicara. Kenangan tak mampu cikgu lupakan. Bersungguh kamu nyanyikan untuk cikgu, Sabirrin. Al-Fatihah,” tulisnya menerusi Facebook.

Loading...

Leave a Reply