Perancis juara Piala Dunia 2018!

0
173

MOSCOW – Perancis muncul juara Piala Dunia buat kali kedua selepas menumpaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Kali pertama Perancis muncul juara adalah 20 tahun lalu tempat sendiri dengan mengalahkan Brazil manakala Croatia menduduki tempat ketiga setelah menumpaskan Belanda.

Jaringan sendiri Mario Mandzukic pada minit ke-18 meletakkan Perancis di hadapan di Stadium Luzhniki di sini tetapi Ivan Perisic menyamakan kedudukan untuk Croatia 10 minit kemudian.

Antoine Griezmann mengembalikan Perancis di hadapan sebelum rehat menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 dan Paul Pogba serta Kylian Mbappe meletakkan Les Bleus di laluan kemenangan menerusi jaringan masing-masing pada minit ke-59 dan 65.

Croatia enggan mengalah dengan Mandzukic membakar semangat skuad dibimbing Zlatko Dalic itu menerusi jaringan pada minit ke-69 tetapi Perancis berjaya mengekang mereka daripada meneruskan kebangkitan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here