Penyokong resah, Stadium Shah Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM – Hujan lebat bermula petang tadi di sekitar Shah Alam menyebabkan air mula membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam menjelang aksi final Piala Malaysia, malam ini.

Situasi itu nyata meresahkan penyokong Terengganu dan Perak yang dilihat semakin ramai tiba bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka.

Menerusi status di laman Twitter, beberapa pengguna berkongsi foto keadaan pekarangan stadium berkenaan yang dinaiki air.

“Dimaklumkan hujan lebat ketika ini di Shah Alam dan dijangka akan berterusan sehingga petang, diharapkan kepada semua penyokong Terengganu dan Perak berhati-hati, jaga keselamatan diri dan orang sekeliling,” memetik status Terengganu Football Club.

“Alamak banjir pulak kat Shah Alam…,”tulis pemilik akaun Harimau Malaya yang berkongsi status yang dimuat naik seorang pengguna lain.

Sementara itu, pada jam 4.30 petang tadi keadaan cuaca dilihat semakin baik dan hujan semakin reda.

Loading...
Published
Categorized as Sukan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *