Portal berita terbaik anda

Politik

Penyokong PH tuduh Tun Razak ‘barua’ Jepun

Penyokong kerajaan hari ini ada yang panas buntut apabila kita tegur kenapa nak rasmikan tugu yang labelkan askar Jepun sebagai “wira”.

Lalu mereka korek-korek gambar lama yang mereka selalu sebarkan dalam bentuk separa sejarah untuk hitamkan nama Tun Razak.

Diambilnya gambar ini yang sebenarnya diterbitkan dalam buku yang ada jelaskan peranan sebenar Tun Razak, dan mereka putarbelit kata Tun Razak pengkhianat.

Kisah sebenar lebih rumit.

Tun Razak diminta masuk perkhidmatan awam Pahang selepas pengajian beliau di Singapura ditamatkan akibat perang. Beliau diminta masuk untuk pasang telinga bagi pihak Askar Wataniah Pahang atas permintaan pengasasnya, Tuan Yeop Mahidin.

Semua individu dalam Perkhidmatan Awam seluruh Malaya diwajibkan menyertai latihan ketenteraan oleh Jepun sebagai persediaan menghadapi serangan balas British.

Hasil kedudukan Tun Razak, Askar Wataniah Pahang berjaya melancarkan beberapa serangan ke atas konvoi Jepun walaupun tanpa sokongan dari Force 136. Hanya selepas itu, barulah Force 136 memberi bantuan kepada mereka.

Tun Razak hampir ditangkap Kempetai dan hanya selamat kerana Jepun tidak sengaja memberitahu Yeop Mahidin yang bekerja sebagai pegawai daerah supaya mengelak daripada terlalu rapat dengan Tun Razak. Operasi menyelamatkan Tun Razak dilakukan oleh Tun Ghazali Shafie bersama dengan pasukannya. Mereka hanya diberitahu identiti sebenar Tun Razak selepas dibawa kembali ke kem.

Tahu tak siapa yang asyik terus sebar Tun Razak adalah pengkhianat? Kalau anda jumpa jawapan ini, anda akan faham apa yang dimaksudkan Tan Sri Yuen.

Loading...

Leave a Reply