Portal berita terbaik anda

Viral

Penyokong PH tak puas hati dengan Ustaz Ebit Lew

Duhai Ustaz Ebit

Kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas. Besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.

Ustaz..

Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami. Tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ni. Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia.

Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, kerajaan kena fitnah, tuan tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak.

Kami tahu Ustaz punya pengikut yang ramai tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah.

Ustaz.. Kami semua tak biarlah mereka hidup macam tu. Tapi Ustaz, bukan kami saja bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka.

Ustaz..

Berapa puluh kali kami perlu cuci rumah yang bak tempat pembuangan sampah tu? Lepas cuci jadi sampah balik.

Berapa banyak lagi perabot, tilam, bantal, dapur gas, tong gas dan barang makanan yang perlu kami bagi tapi habis mereka jual.

Berapa wang dan rumah lagi perlu tuan tanah bagi pada mereka, bagi duit. Bagi rumah sebuah tapi tak nak, nak dua buah rumah. Kesian tuan tanah tu Ustaz.

Kerajaan, Lembaga Zakat nak bagi rumah tapi kenapa anak-anak Pak Aq ni tak mau hadir jumpa? Takut apa? Kerajaan nak bagi tempat tinggal, bukan nak bawa ke balai polis, Ustaz.

Baguslah kalau Ustaz dapat pujuk Pak Aq dan anak-anak cucu dia pindah rumah tapi pesan pada mereka jangan buat rumah baru tu macam tempat pembuangan sampah lagi.

Ustaz pesanlah jangan jual lagi perabot dan apa jua sumbangan orang ramai.

Duhai Ustaz…

Kami penduduk Kedah dan semua orang kampung redha kena fitnah dan caci maki pengikut Ustaz tapi kami tak akan buka aib keluarga ni.

Terima kasih Ustaz atas bantuan pada Pak Aq dan anak-anak cucu dia. Moga mereka berubah.

Dan Ustaz, gunalah populariti Ustaz ke arah kebaikan bukan timbul fitnah pada orang lain..

Sumber: Mohd Ruslin Abdullah

Loading...

Leave a Reply