Portal berita terbaik anda

Utama

Bergambar bersama Najib, penyokong PH gesa stesen TV ‘gam’ kumpulan Shiro

NAMPAKNYA semakin ramai tidak senang hati melihat gambar kumpulan pelawak, Shiro bersama Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sahaja komen netizen pro Pakatan Harapan (PH) sahaja mengkritik Shahrul dan Ajak malah ada yang mahu mereka ‘diharamkan’ di stesen televisyen.

Admin Facebook Kami Sayang Tun Mahathir hari ini menyatakan pihaknya sudah menghantar e-mel rasmi kepada Media Prima dan Astro mahu kumpulan itu diharamkan.

Pihak itu mendakwa memohon supaya Media Prima dan Astro menyekat ‘periuk nasi’ kedua-dua artis itu daripada terlibat dalam mana-mana rancangan televisyen.

“Tak malu ke bergambar dengan perompak?” soalnya lagi.

Khamis lalu, bekas perdana menteri itu memuatnaik gambar bersama kumpulan Shiro. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply