Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Penyokong PH desak TV3 mohon maaf benarkan pengacara AJL sebut ‘Malu Apa Bossku’

SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) supaya mendesak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membiarkan pengacara Sherry Al Hadad menyebut ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ ketika siaran langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Individu yang dikenali sebagai Shamsul Omar itu juga mahu ungkapan tersebut ditapis untuk siaran ulangan mahupun untuk simpanan arkib pihak TV3.

Shamsul bimbang ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ akan mempengaruhi rakyat dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosial.

“Kita perlu lebih tegas dalam menangani pengaruh negatif yang dibawa bekas PM yang semakin melampau mempengaruhi rakyat menerusi media sosial,” katanya.

Sementara itu, Najib nyata teruja kerana slogan kempennya disebut pada malam yang penuh gilang gemilang itu.

“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi posting berikutnya, Najib memuat naik gambar beliau menampal pelekat slogan berkenaan di beberapa motosikal.

“Lekat cantik-cantik sticker (pelekat), AJL pun dah sebut,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #maluapabossku.

3 Comments

  1. Syarat nak jadi Mahacai :

    WAJIB BODOH

  2. Saiful Azhar Mansur

    Benda remeh temeh pun nak ambil serius ke.Adooii…Anggaplah saja sebagai lawak jenaka.Habis cerita.Jiwa pun tenang.

  3. nozrin

    saya mendesak penyokong PH,panggil Ketua PH tunaikan janji dulu..pasal ayat malu apa bossku terus mendesak permohonan maaf…yg penyokong ph,cuba desak mana janji ph dulu..tu baru betul…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén