Portal berita terbaik anda

Utama

Penyokong DAP kecam kerajaan Terengganu buka hotel patuh syariah

Baru-baru ini, kerajaan Terengganu membuka hotel baharu iaitu Hotel Paya Bunga di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu yang memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama di negeri ini.

Patuh syariah yang dimaksudkan adalah dari semua aspek termasuklah perkhidmatan, layanan, pemakaian, penampilan dan sebagainya.

Sebagai contoh, ketika berada di kolam renang hotel ini, tetamu lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat.

Pihak Hotel Paya Bunga dilaporkan akan mengawal selia status makanan halal restorannya, memastikan pasangan yang menetap dalam satu bilik merupakan pasangan yang berkahwin, dan mempunyai sistem pembesar suara yang akan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

Ini adalah satu usaha baik untuk memenuhi keperluan orang Islam yang sering berkonflik dengan pengurusan-pengurusan hotel yang tidak mesra Islam, di samping membuka ruang menjana ekonomi.

Namun ternyata usaha ini diperli, dicaci dan dimaki oleh penyokong DAP yang bukan beragama Islam yang mana ia boleh dilihat secara jelas menerusi komen mereka di media sosial.

“Kalau berani, kutuklah Melayu dan Muslim di hadapan mereka!”

Cacian dan makian tersebut ternyata menggambarkan sikap sebenar penyokong DAP yang benci kepada Islam.

Hal ini disuarakan oleh Firdaus Wong yang mendedahkan sikap mereka sebagai perencat keharmonian sosial yang kita kecapi selama ini.

Apabila kerajaan Terengganu memperkenalkan hotel patuh syariah, ini merupakan hak dan strategi perniagaan mereka. Untung rugi, mereka bertanggungjawab.

Siapa yang berminat dengan konsep hotel patuh syariah, mereka boleh duduk di situ. Bagi yang tidak berminat dengan hotel patuh syariah, ada hak memilih untuk tidak duduk di situ.

Namun yang kurang eloknya adalah apabila segelintir Belum Muslim pula yang lebih-lebih dalam komentar mereka? Bukan sahaja hotel patuh syariah mereka komen tetapi fatwa dan apa yang hanya berkaitan dengan Muslim pun mereka nak komen?

Anda mengelar Muslim sebagai ekstrimis dan racist bila Muslim mempertahankan agama mereka dari hinaan dan kutukan anda tetapi anda perlu melihat di cermin sikap anda yang sebenar.

Jangan sesekali disalahkan Muslim sahaja seolah-olah Muslim sahaja yang menimbulkan perselisihan dan suasana kurang harmoni kerana itu hanya segelintir sahaja daripada mereka tetapi anda juga perlu mencermin diri sendiri yang suka masuk campur urusan agama Islam. .

Dalam sosial media anda berani tetapi bila jumpa pelanggan Muslim menyembunyikan ‘kemunafikan’ anda bagai pihak semut tak mati.

Anda kutuk Muslim dan Melayu malas dan pelbagai lagi cacian dalam media sosial tetapi kenapa masih berurus niaga dengan Muslim yang membentuk majoriti pelanggan anda? Jikalau anda berani, katakan apa yang anda tulis dan kutuk tentang Islam & Muslim di media sosial di hadapan pelanggan Muslim & Melayu anda!

Anda pasti tidak berani kerana kutuk Muslim & Melayu tetapi masih mahu mengaut keuntungan dari Muslim & Melayu.

Sahabat semua, jangan membiarkan segelintir Belum Muslim yang bacul itu merencatkan hubungan baik kita dengan majoriti Belum Muslim yang baik dan jujur. Kita perlu bersikap objektif dalam menilai kerana itu ajaran Islam. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sikap hipokrasi terserlah

Tindak balas penyokong DAP di media sosial juga hakikatnya menampilkan sikap pendakwaan terpilih dan hipokrasi mereka.

“Ketika kecoh isu pekerja hotel bertudung tahun lepas, antara hujah yang digunakan adalah ‘buka hotel sendiri’ dan ‘kalau kerja dengan orang, buat cara orang’. Sekarang bila dibuka hotel sendiri, mereka perli pula,” komen Mohamad Jamalee dari The Patriot.

Begitu juga sebelum ini diumumkan bahawa Pulau Pinang akan miliki hospital patuh syariah pertama. Pengumuman ini rata–rata disambut baik dan menggambarkan ‘sikap terbuka’ kerajaan Pulau Pinang kepada ajaran Islam yang merupakan agama Persekutuan.

Namun apabila dibuat oleh kerajaan Terengganu, lain pula penerimaannya.

Loading...

1 Comment

  1. Nizam

    Nak buka gerai minuman keras boleh, tak ada org marah
    Ikut je la kerajaan negeri nak buka hotel apa.,
    Tak setuju jangan dtg
    Senang je.
    Jangan ganggu agama masing2

Leave a Reply