Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia

Belum sampai dua bulan berita kematian Sulli menjadi bualan, terbaru salah seorang rakan baiknya iaitu Goo Hara disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di daerah Gangnam, Seoul.

Menurut laporan polis, bekas ahli kumpulan idol perempuan Kara itu ditemui mati dalam kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di rumahnya yang terletak di kejiranan Cheongdam, Gangnam.

Posting terakhir di Instagram

 

View this post on Instagram

 

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on


Walau bagaimanapun, polis kini sedang melakukan sisatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kematian gadis berusia 28 tahun itu.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat muzik Korea Selatan terkejut dengan berita kematian tersebut dan berharap semoga rohnya tenang.

Sukar nak percaya!

Semoga tenang di sana

Kamu sentiasa dalam ingatan

Pada Mei lalu, Goo Hara dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan mencederakan dirinya namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén