Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Penyanyi India mengaku sering alunkan zikir ‘Hasbi Rabbi’ untuk dodoikan anak

Sebuah video seorang penyanyi dari negara India tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman itu memaparkan penyanyi bernama Sithara Krishnakumar ditemubual dalam satu program televisyen terkenal di sana.

Apa yang menarik perhatian netizen tentang video itu adalah β€˜nyanyian’ yang dialunkannya ialah zikir ‘Hasbi Rabbi’.

Sithara yang juga seorang komposer memberitahu pengacara program tersebut, dia sering mendodoikan anak perempuannya dengan sebuah lagu Arab tanpa mengetahui ianya adalah zikir munajat.

Dia yang berasal dari negeri Kerala, India, mendedahkan pelbagai genre lagu didendangkan untuk anaknya mengikut masa yang berbeza namun anaknya kerap mahukan lagu Arab tersebut.

Sithara pernah membintangi filem Tamil, Telugu dan Kannada, Sithara memiliki suara merdu pernah dinobatkan sebagai penyanyi terbaik sempena Anugerah Filem Negeri Kerala tahun 2012 dan 2017 menerusi lagu Enundodee serta Vaanamakalunnuvo.

Video ini mendapat ribuan tontonan terutama daripada masyarakat Muslim yang menyifatkan ia satu permulaan untuk keluarga itu menerima hidayah.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén