Portal berita terbaik anda

Utama

Penunggang motosikal maut digilis kereta tukar laluan secara mengejut

SHAH ALAM – Tindakan ‘bodoh’ seorang pemandu Perodua Axia yang menukar laluannya pada saat akhir mengakibatkan kematian penunggang motosikal, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) berhampiran Aeon Big Seksyen 23, di sini, mangsa maut di tempat kejadian.

Berdasarkan video kemalangan yang viral di media sosial berdurasi 13 saat menunjukkan, Axia yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba masuk ke lorong tengah sebelum bergesel dengan besi/tembok pembahagi jalan.

Tindakannya itu menyebabkan kereta Perodua Myvi yang berada di lorong tersebut terkejut dan serta-merta memperlahankan kenderaannya.

Mangsa yang menunggang berhampiran juga terkejut dan tidak dapat mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian kanan Axia yang terbabas sebelum mangsa tercampak ke tepi jalan dan digilis semula oleh Axia.

Kes itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata mendesak keluarga mangsa mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.

“Pihak keluarga mangsa harus memfailkan tindakan saman terhadap pemandu itu untuk keadilan dan kebajikan keluarga mangsa.

“Sekelip mata penunggang motosikal terkorban dek sikap pemandu yang mementingkan diri. Sekelip mata juga anak dan isterinya kehilangan tempat bergantung dek sikap pemandu yang tak ada otak macam ni,” kata netizen.

Loading...

Leave a Reply