Portal berita terbaik anda

Utama

Penjawat awam sah terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500

BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Katanya, bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.

Turut menerima bantuan khas adalah pesara kerajaan yang menerima pencen, bernilai RM250.

“Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak terima sebanyak RM500.

“Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250 akan dibayar jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Awam, hari ini.

Mohd Khairul Adib berkata, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah

dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan daripada menerima bantuan itu.

Katanya, mereka hanya layak diberi bantuan terbabit sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai berkenaan tidak bersalah.

Loading...

Leave a Reply