Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Sukan

Penjaga gol Terengganu FC meninggal dunia akibat serangan jantung

PENJAGA gol Terengganu FC (TFC) Mohd Suffian Abdul Rahman, meninggal dunia sebentar tadi.

Berita menyedihkan itu diumumkan oleh Facebook Harimau Malaysia kira-kira tujuh minit yang lalu.

Sebelum ini, pemain berusia 41 tahun itu dikatakan terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat penyakit yang sama tetapi dibenarkan keluar setelah kembali stabil.

Musim lalu, bekas penjaga gol kebangsaan itu adalah antara watak penting kejayaan skuad Penyu muncul naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.

Pemain paling senior Liga Malaysia (Liga M) itu yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017 juga beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Berita penuh menyusul.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén