Portal berita terbaik anda

Utama

Peniaga Melayu Islam jual patung babi untuk cipta kelainan

KOTA KINABALU: Seperti biasa peniaga bazar di Riverson Walk di Kota Kinabalu Times Square sibuk dengan jualan pelbagai barangan untuk menarik pelanggan.

Dalam kalangan peniaga itu terdapat sepasang suami-isteri Melayu-Islam, Adam Baderun dan Yuslina Badrum, yang tidak ketinggalan menjual barang perhiasan, khas dibuat untuk Tahun Baru Cina yang disambut pada 5 dan 6 Februari ini.

Barang perhiasan seperti rantai kunci, pin dan tanda buku disusun rapi untuk memikat pelanggan, tetapi yang paling menarik perhatian adalah patung babi, binatang yang menjadi ikon perayaan kepada kaum Cina tahun ini.

Babi sebenarnya dianggap tidak bersih dalam kalangan msyarakat Melayu-Islam, tetapi pasangan warga Sabah ini tidak ada masalah menjual patung babi.

Pelanggan mereka juga tidak nampak terkejut atau marah melihat Yuslina yang bertudung menjual patung babi.

Yuslina yang lebih mesra dipanggil Yus, adalah dari keturunan Kadazan-Sungai.

“Perniagaan macam biasa sahaja. Tak ada reaksi pelik daripada pelanggan, malah mereka beri komen positif,” dia memberitahu FMT.

Yus, seorang guru sekolah menengah, tidak faham mengapa haiwan tersebut boleh menimbulkan kekecohan di sesetengah tempat.

“Kalau orang faham agama mereka, mereka tidak akan jadi kecewa dengan perkara-perkara kecil.

“Bagi saya, (menjual patung babi) tidak jadi isu.

“Babi dan anjing adalah ciptaan Tuhan juga. Selagi kamu pegang ajaran agama, seperti tidak makan babi, kamu okay sahaja,” katanya.

Yus berpendapat, seseorang itu akan kagum mendapati betapa banyak dia boleh belajar dan faham mengenai budaya orang lain sekiranya dia menggalakkan perasaan tolak ansur.

Bazar yang pasangan itu berniga didakan setiap 2 bulan. Yus dan suaminya berkongsi niaga dengan 2 orang mereka.

Adam memberitahu, semua barang hiasan termasuk patung yang mereka jual itu dibuat di kedai mereke sendiri di Penampang menggunakan teknologi laser.

Ditanya mengenai pengalaman mereka menjual patung babi itu, dia juga berpendapat ia bukan isu di Sabah.

“Di semenanjung, menyebut babi boleh akibatkan (orang angkat) bendera merah, tapi kita tahu akidah kita. Jual ikon itu tidak akan menggoyang akidah kita. Kita tak makan daging babi. Barang-barang hiasan itu cuma seni.

“Kita tidak pandang rendah budya orang lain. Di Sabah, kita tinggal dalam suasana pelbagai kaum dan pelbagai bangsa dan agama dan kita bertolak ansur sesama kita. Kita belajar menghargai kepercayaan masing-masing,” katanya.

Adam adalah juruteknik pesawat. Ayahnya dari Perak dan ibunya dari Selangor, tetapi mereka sudah bermastautin di negeri Di Bawah Bayu itu lebih 40 tahun.

“Ibu bapa saya tiada masalah pun kami jual ikon babi. Mereka sudah lama di Sabah dan tahu orang di sini memang bertolak ansur,” katanya.

Bagaimanapun, Adam banyak berterima kasih kepada isterinya, Yus, yang banyak mengajarnya mengenai kehidupan yang harmoni.

Adam dan Yus berusia 32 tahun dan berkahwin pada 2013.

“Dalam kalangan keluarga isteri saya, ada Islam dan ada bukan Islam. Dari situlah saya betul-betul belajar mengenai toleransi dan persefahaman dalam kepercayaan orang lain,” katanya.

Menurut pasangan suami-isteri itu, patung babi sangat diminati pelanggan mereka.

Pada masa lalu, mereka juga jual barang perhiasan sempena Krismas, termasuk ukiran yang mempunyai ayat-ayat daripada Injil.

“Kami juga terima tempahan barang perhiasan daripada pelanggan. Kami tahu akidah kami dan (menjual barang-barang seperti ini) tidak mengganggu akidah kami. Ia hanya seni,” kata Adam.

Loading...

Leave a Reply