Portal berita terbaik anda

Utama

Peniaga makanan bukan Islam guna nama Kak Siti Ayam Penyet diserbu

JOHOR BAHRU – Sepasang peniaga makanan bukan Islam yang menggunakan nama Melayu bagi mengaburi mata pelanggan diserbu oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di rumahnya hari ini.

Peniaga tersebut yang merupakan pasangan suami isteri menjalankan perniagaan makanan di rumah mereka tanpa kebenaran dengan menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet.

‘Penipuan’ pasangan tersebut terbongkar selepas seorang penghantar makanan yang mendapat tempahan makanan daripada penyedia makanan itu terkejut apabila kedai tersebut beroperasi di sebuah rumah milik bukan Muslim.

Lebih mengejutkan apabila pengendali makanan itu ialah bukan Islam yang menggunakan nama beridentitikan Melayu untuk melariskan jualan makanannya.

Rasa tertipu dengan penipuan yang dilakukan peniaga bukan Islam itu, sekumpulan lelaki bersama MBJB telah menyerbu rumah pasangan itu di Johor Jaya di sini.

Menurut seorang pengguna akaun Facebook, Faizul Hafiz Hashim, dia bersama rakannya dan MBJB tiba di rumah tersebut petang tadi selepas kes tersebut tular.

Katanya, ketika itu pasangan tersebut sedang berkemas di hadapan rumah.

“Ekoran kes yang telah tular berkaitan sepasang keluarga berbangsa Cina yg menjual makanan menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet dan ditempah dalam Food Panda (Halal). Tindakan pantas telah diambil oleh MBJB untuk menutup jualan mereka di rumah itu.

“Saya bersama rakan sempat sampai ketika pasangan Cina ini masih berkemas di depan rumah. Hati tetap berbuku dengan penipuan jualan macam ini, seperti Islam dipermainkan,” katanya.

Sementara itu dalam notis yang dikeluarkan oleh MBJB itu, pasangan penyedia makanan itu diberikan notis kerana menjalankan aktivit menjaja tanpa kebenaran.

Peniaga tersebut diberikan tempoh sehari untuk mengambil tindakan segera dan jika gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan kompaun atau tindakan mahkamah.-MT

Loading...

Leave a Reply