Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Pengundi muda ditipu hidup-hidup dengan PH

SHAH ALAM – Anak muda yang mengundi PH dalam PRU14 jelas telah ditipu apabila banyak janji ditawarkan namun tidak ditunaikan.

Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan berkata, lebih teruk apabila kemudahan untuk anak muda yang disediakan kerajaan terdahulu turut ditarik.

“Baik BN atau PH, kalau buat silap jangan beri seribu alasan. Sekarang ini anak muda ditipu,bukan saja janji-janji yang ditawarkan tidak ditunaikan.

“Malah benda sedia ada seperti kad siswa dan BR1M bujang pun ditarik balik atau dikurangkan,” katanya pada Wacana Sinar Harian ke-92 bertajuk ‘Pengundi Muda: Kena Tipu Ke?’, hari ini.

Katanya lagi, sebelum PRU14 anak muda terpanggil mengundi PH kerana terpengaruh dengan dua jenis harapan.

“Satu, harapan berkenaan ekonomi iaitu janji-janji manis yang diberikan kepada pengundi berkenaan poket mereka sendiri. Contoh paling sensasi ialah PTPTN di mana kajian mendapati anak muda mengakui mengundi PH kerana janji tak perlu bayar PTPTN.

“Kedua ialah berkenaan imej, integriti dan tadbir urus yang kononnya lebih baik dipaparkan oleh PH. Satu janji yang tiada kena mengena dengan poket anak muda, tetapi ia satu nilai dan falsafah yang mereka nak sokong.

“Itu pun mereka kena tipu. Jadi, dari dua segi ini memang jelas mereka kena tipu,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén