Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Penguat kuasa MPSJ, warga emas akhirnya berdamai

SUBANG JAYA – Isu membabitkan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan seorang warga emas selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, pertemuan antara dua individu tersebut diatur oleh pengantara yang diakreditasi, Sean Oon.

Beliau berkata, pihaknya amat berbesar hati dan berbangga dengan pertemuan di antara dua individu berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Pegawai MPSJ dan warga emas terbabit secara sukarela berdamai dan menyelesaikan salah faham yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang lelaki mengacukan payung kepada seorang anggota penguat kuasa.

Tindakan itu dipercayai berlaku selepas anggota penguat kuasa terbabit melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan milik lelaki tersebut.

Anggota penguat kuasa berkenaan pada mulanya meminta supaya lelaki terbabit tidak menggunakan kekerasan, namun lelaki kelihatan agak berusia itu terus memukul anggota tersebut menggunakan payung.

Dipercayai berang dengan perbuatan lelaki itu, anggota penguat kuasa menumbuk dan menjatuhkannya di lantai.

Video itu turut merakam lelaki terbabit cedera dan mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén