Portal berita terbaik anda

Utama

Penguat kuasa MPSJ digantung tugas serta-merta

KUALA LUMPUR – Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang terbabit dalam pergaduhan dengan warga emas di pusat komersial USJ 9, Subang Jaya digantung tugas sementara dan siasatan terperinci sedang dilakukan agensi itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan, berkata pihaknya memandang serius insiden tindak balas berkenaan dan anggota itu akan ditarik balik tugasan penguat kuasa sementara.

“Siasatan dalaman yang adil dan terperinci juga akan dilakukan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Insiden pergaduhan itu menjadi tular sejak semalam dan menerima reaksi pelbagai pihak di media sosial.

Ia dikatakan bermula apabila seorang warga emas tidak berpuas hati kenderaannya ditarik sepasukan penguatkuasa MPSJ dan bertindak memukul salah seorang daripada mereka menggunakan payung lalu ia dibalas semula oleh mangsa secara agresif.

Noraini mengesahkan kejadian itu dan berkata pemilik kenderaan itu tidak berpuas hari dikenakan tindakan penguatkuasaan tunda dan cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda seblum memarahi dan memukul anggotanya.

“Kesalahan trafik dan memukul pegawai bertugas adalah jelas,” katanya.

Beliau turut menasihati, sekiranya orang awam tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan penguatkuasaan, mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada MPSJ.

“Mereka juga boleh ke Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...

3 Comments

  1. Hashim

    Bagi pihak saya angota tu xbersalah..hina sangat…orang pukul kita diam macam kayu…

  2. mohamed nor

    MP PH tu rakyat jugak yang undi dulu… sekarang terima laa … ini laa akibat rakyat undi MP PH..

  3. jimbo

    tindakan penguatkuasa itu adalah tindakbalas spontan yang ada pada setiap manusia normal. bagi saya , saya rela dibuang kerja daripada berdiam diri apabila dipukul…

Leave a Reply