Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Penghantar makanan maut rempuh pacuan empat roda

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Subang-Sungai Buloh berhampiran Kwasa Damansara, Sungai Buloh, petang tadi.

Dalam nahas jam 2.15 petang itu, Muhammad Aminulfikrie Zulkapli, 23, dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Kampung Subang sebelum terlanggar belakang Nissan Navara yang berhenti di lorong pertama.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di lorong berkenaan untuk menjalankan kerja selenggara jalan di laluan terbabit.

“Ketika kejadian, terdapat dua pekerja sedang mengawal lalu lintas di bahagian belakang Nissan Navara. Bagaimanapun mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak kira-kira 14 meter di lorong kiri dan disahkan meninggal akibat kecederaan parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...

Leave a Reply