Portal berita terbaik anda

Politik

Pengerusi SPR dikecam hina orang Kelantan sebagai kaki kelab malam

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun dikecam netizen selepas beliau mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat Kelantan, hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai contoh ketika ditanya mengenai cadangan untuk melakukan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang.

Katanya, cadangan itu sukar dilakukan kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang membuang undi di tempat di mana beliau mula-mula mendaftar sebagai pengundi walaupun beliau mungkin tinggal di tempat lain.

“Sebab itu mengapa setiap kali pilihan raya, kita lihat 60,000 orang Kelantan balik ke Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

“Itu adalah hak perlembagaan kita. Jika kita melaksanakan pendaftaran automatik, maka keadaan itu perlu diubah kerana pada waktu itu anda akan mengundi di tempat tinggal yang tercatat dalam kad pengenalan,” katanya.

Berikutan itu, netizen menyifatkan kenyataan beliau yang mengaitkan rakyat Kelantan dengan kelab malam adalah tidak wajar sama sekali.

Rata-rata mereka mengecam tindakan Azhar yang tidak sensitif seolah-olah beliau begitu benci dengan negeri Kelantan.

Loading...

1 Comment

  1. Aku

    Sukati makbapaktoknekmoyang kauuu je kann

Leave a Reply