Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Penganut Hindu adakan upacara minum air kencing lembu untuk rawat Covid-19

NEW DELHI – Sekumpulan penganut Hindu menganjurkan acara minum air kencing lembu kerana percaya mampu menghalang coronavirus (COVID-19), selain mempercayai lembu ialah binatang suci serta air kencingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti mampu mencegah COVID-19.

Acara oleh kumpulan dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) beribu pejabat di ibu kota itu, dihadiri seramai 200, malah penganjur turut berharap majlis sama diadakan di tempat lain juga.

“Kami sudah minum air kencing lembu selama 21 tahun. Kami juga mandi dengan najis lembu. Kami tidak perlu makan ubat dari Barat,” kata Om Prakash, yang hadir acara berkenaan.

Ketua Kesatuan Hindu India, Chakrapani Maharaj turut mempamerkan gambar dengan sudu yang dipenuhi air kencing lembu dengan karikatur COVID-19.

Pemimpin dari parti nasionalis Hindu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut menyokong penggunaan air kencing lembu sebagai ubat dan mengubati barah.

Selain itu, pemimpin dari bahagian timur India, Assam turut mengatakan kepada penggubal undang-undang negeri pada satu sesi perhimpunan bulanan bahawa kencing dan kotoran lembu dapat digunakan untuk merawat COVID-19.

Ketika ini, COVID-19 sudah menjangkiti lebih daripada 138,000 orang dan membunuh 5,000 orang di seluruh dunia, masih tidak mempunyai penawarnya dan kerajaan di seluruh dunia berusaha untuk mengawal penyebaran pandemik berkenaan. – REUTERS

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén