Portal berita terbaik anda

Utama

Penganalis jangka bil elektrik naik tahun depan

Bil elektrik dijangka mengalami kenaikan berikutan Dana Industri Elektrik (EIF) dijangka habis pada tahun depan.

Beberapa penganalisis percaya EIF yang digunakan untuk menyerap kenaikan kos dalam bentuk surcaj itu sedang menyusut.

Tambahan pula, pengusaha berkemungkinan besar akan menanggung surcaj bulanan elektrik yang lebih tinggi bermula Mac sehingga Jun tahun depan, iaitu sebanyak 2.55 sen/Kwh.

Surcaj baru bagi separuh pertama tahun depan lebih tinggi berbanding surcaj semasa iaitu 1.35sen/Kwh memandangkan Suruhanjaya Tenaga meluluskan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk meneruskan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Buat masa ini, pengguna domestik tidak terjejas secara langsung kerana menerima subsidi daripada EIF.

“Dana itu (EIF) akan habis tidak lama lagi, kemungkinan pada tahun depan. Ini akan memberi kesan kepada pengguna domestik,” ulas dua penganalisis dalam sektor tenaga, seperti dipetik oleh New Straits Times.

Seorang lagi penganalisis berkata, sekiranya peningkatan surcaj itu agak tinggi, industri pengeluaran yang banyak bergantung pada penggunaan mesin mungkin terpaksa memindahkan kos tersebut kepada pengguna.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Rakutan Trade, Kenny Yee pula berkata, rancangan untuk meliberalisasi penghantaran dan bekalan tenaga yang dapat meningkatkan kecekapan mampu mengurangkan kos elektrik.

Kos ketidakseimbangan bagi jangka masa antara Julai dan Disember tahun ini dicatatkan sebanyak RM1.8 bilion atau boleh diterjemah kepada 3.43sen/Kwh.

Bagaimanapun, MIDF Research menjelaskan tidak semua kos ketidakseimbangan akan melalui mekanisme ICPT pada separuh pertama tahun hadapan, mengambil kira penyelrasan kos dan hasil oleh TNB.

Loading...

Leave a Reply