Portal berita terbaik anda

Utama

Pemuda Umno lapor polis individu hina menteri dan agama Islam

Sebagai sebuah negara majmuk, rakyat Malaysia diseru supaya sentiasa menjaga tutur kata dan tidak melanggar sensitiviti masyarakat.

Namun, masih ada segelintir individu yang sengaja menaikkan kemarahan sesetengah kaum dengan meninggalkan komen berbaur kebencian di media sosial sehingga menimbulkan perbalahan antara kaum.

Terbaru, dalam satu sesi ‘live’ melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebook, beberapa komen menghina menteri dan Islam berjaya dikesan pengguna media sosial yang lain.

Tindakan bertanggungjawab itu menaikkan kemarahan netizen sebelum EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat laporan polis terhadap komen-komen tersebut, malam tadi.

Menurut Muhamad Muqharabbin, dia bertindak membuat laporan polis kerana tidak sanggup melihat bangsa dan agamanya dihina.

Beliau mahu polis dan SKMM menyiasat individu-individu disebalik komen-komen tersebut dan berharap agar mereka dapat dibawa ke muka pengadilan seterusnya diberi hukuman setimpal di atas kesalahan yang mereka lakukan.

Sementar itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal di atas perkara yang berlaku.

Mereka beranggapan, perkara sedemikia tidak patut berlaku di saat negara kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Loading...

Leave a Reply