‘Abang ipar baru meninggal pagi tadi..’ – Pemuda pilu seorang demi seorang ahli keluarga dijangkiti Covid-19

Gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia dilihat semakin sukar dikawal. Hari ini sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 3,631 kes baharu dengan 14 kematian.

Dengan kes positf yang masih kekal empat digit ketika ini, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa seluruh negara akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 kecuali negeri Sarawak.

Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial sebentar tadi, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zyxzyo telah memuat naik hantaran mengenai ahli keluarganya yang kini sedang berjuang melawan virus tersebut.

Menurutnya hanya tiga daripada tujuh ahli keluarganya yang masih bebas daripada pandemik ini.

Malah katanya, abang iparnya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19, pagi tadi.

Dia juga menyertakan gambar adik-beradiknya yang dijemput menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat rawatan dan kuarantin.

Tambahnya lagi, dia berharap agar ibunya kuat memandangkan wanita itu terpaksa melihat seorang demi seorang ahli keluarga disahkan positif wabak maut ini.

Berikutan itu, rata-rata netizen tampil menzahirkan ucapan takziah buat pemuda itu dan berharap agar ahli keluarganya terus tabah menerima ujian ini.

Mereka juga sempat menitipkan doa agar Zyxyo dan ahli keluarganya lekas sembuh dan dapat berkumpul semula.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *