Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Pemimpin UMNO dan Pas tidak contohi akhlak Rasulullah – Pemuda DAP

KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam di Malaysia terutama pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang bertolak ansur dengan orang bukan Islam dalam urusan perniagaan.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, berkata, pemimpin Pas dan UMNO perlu mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Katanya, Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual-beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam ketika baginda berada di Madinah.

“Jika dicermati sirah Nabi Muhammad SAW, Madinah yang dipimpin oleh baginda sendiri membenarkan kaum Yahudi berniaga dan berjual beli dengan orang Islam.

“Penggerak serta pengikut kempen boikot (barangan bukan Islam) ini harus mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Howard mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas kempen boikot barangan bukan Islam yang dikaitkan dengan pembangkang iaitu UMNO dan Pas.

Katanya, pihak yang melancarkan gerakan itu perlu mencontohi akhlak nabi yang baik.

Gerakan kempen itu dipercayai bermula di media sosial dengan beberapa akaun dibuka untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan peniaga Muslim.

Katanya, sebagai sebuah masyarakat majmuk dengan pelbagai latar belakang rakyat Malaysia tidak boleh memboikot sesuatu produk secara melulu atau hanya berdasarkan perbezaan agama.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak berkata, tindakan memboikot itu bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak membantu perkembangan ekonomi negara serta berpotensi untuk menggugat perpaduan.

“Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta,” katanya.

Katanya, itu adalah contoh bagaimana kempen boikot yang didorong oleh fakta yang dimanipulasi boleh menjejaskan pihak yang tidak berkenaan.

Beliau juga mendesak pemimpin Pas dan UMNO menyatakan pendirian berhubung kempen tersebut.

“Pasangan mempelai UMNO dan Pas yang baru bernikah ini perlu menyatakan pendirian mereka, sama ada menyokong atau mengecam gerakan boikot tersebut.

“Mereka tidak wajar berdolak-dalik dalam isu boikot yang boleh memecah-belahkan masyarakat kita,” katanya.- UTUSAN ONLINE

1 Comment

  1. Abg Badwie

    Pemimpin DAP jika mahu di hormati rakyat negara ini jgn lah suka suka mengeluarka kenyataan yang berunsur provokasi dan negatif dan racialis.Biar pun kita berbeza pendapat dan pendirian kuta ta seharusnya terbawa bawa kata kata yg.di luar waktu kempen pikihana raya.Keputusan pilihan raya dah pun tamat dan ahli pokitik tidak sepatutnya bersikap keanak anakan.Kersjaan yg di iktiraf teruslsh menyambung kesinambungan pengurusan pentadbiran negara dan rectify apa ysng perlu untuk menambahbaikan pengurusan.Rectifikasi jika perku harus di buat secara berhemah dan professional jgn tuding menuding seolah olah kamu adalah terbsik.Buktikanlah kamu adalah lebih baik dulu .Org baik semestinya tidak perlu mengatakan org lain jahat.Di hsrap psda zaman ini kita sepatutnya lbih matang.Masing masing nak menegak benang yang basah dan ahirnya kita semuanya rugi sebsb kita telah memulskanbtitik perbezaan dan sikap benci membenci dan dendam mendendam.Pihsk kerajaan dulu pun juga harus menghormsti kerajaanvsekarasngcdan biarlah mereka mengurustadbir negsra dgn csra mereka pulak.Setiap perkara memang ada buruk baiknyavtetapi saya rasa tidak ada pemimpin yg ingin merosakan ketenteraman danbkesejahteraan rakyatbkecusli mungkin afa agenda tersrlindung.Kita semua harus bersatu dan bekerjasama demi generasi mada depan bukan mading masing mengeluarkan kenystaasnvyang sentiasa berbsu prokasi.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén