Portal berita terbaik anda

Politik

Pemimpin PAS lemah, rela diperguna UMNO – Khalid Samad

KUCHING – PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Abdul Samad ketika berkata demikian turut menyifatkan barisan kepimpinan parti itu mudah diperdaya, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

“Saya hairan kenapa pemimpin PAS sanggup membenarkan diri mereka dipergunakan oleh pemimpin UMNO,” kata Khalid pada majlis santai PAN Sarawak bersama media, di sini hari ini.

Menurutnya, rancangan mengadakan protes terhadap ICERD hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa, lapor Bernama.

Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata tindakan kedua-dua parti tersebut yang terus memainkan isu ICERD hanya bermatlamat politik.

Ini kerana katanya segala yang dicanang oleh PAS dan UMNO termasuk negara ini akan hancur dan institusi raja bakal dihapuskan jika Malaysia meratifikasi ICERD adalah satu pembohongan kerana kerajaan persekutuan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mengulangi penegasan yang dibuat oleh beberapa menteri sebelum ini bahawa keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.

Loading...

Leave a Reply