Portal berita terbaik anda

Utama

Terpaksa tumpang inap desa selepas kerajaan roboh rumah pusaka

KUALA TERENGGANU – Pemilik rumah pusaka di Kampung Tanjung, di sini yang dirobohkan pihak berkuasa hari ini terpaksa menumpang di inap desa buat sementara waktu kerana kerajaaan negeri gagal menyediakan kediaman baharu untuknya.

Wan Mokhtar Wan Yusof, 66, terpaksa meninggalkan rumah pusaka itu sehelai sepinggang dan kini menumpang di inap desa milik Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Sementara itu, sumber berkata kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kebajikan warga emas yang mesra disapa Ayah Wan itu terjaga.

“YB Parlimen Kuala Terengganu telah menyediakan homestay miliknya sebagai tempat tinggal sementara sebelum kerajaan negeri memikirkan apa-apa tindakan atau bantuan yang munasabah selepas ini. Terima kasih kepada semua yang memberi kecaknaan,” demikian menurut sumber.

Ayoh Wan sebelum ini pernah menuntut pampasan RM20 juta daripada kerajaan terdahulu namun tidak dihiraukan.

Beliau hanya dijanjikan pampasan sebanyak RM20,000 sahaja oleh pihak pemaju.

Loading...

Leave a Reply