Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Pembikin filem Myanmar dipenjara selepas hina tentera

YANGON – Seorang pembikin filem warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas kesalahan mengkritik tentera negara itu.

Min Htin Ko Ko Gyi yang merupakan seorang aktivis dan pengasas festival filem hak asasi manusia, telah ditahan pada April lalu berikutan satu status yang menyelar draf Perlembagaan 2008, dimuat naik di laman Facebooknya.

Penggubalan draf Perlembagaan 2008 memberi kuasa kepada tentera Myanmar memperoleh tiga perempat kerusi Parlimen dan mengawal tiga kementerian keselamatan.

Pembikin filem itu dihukum dibawah undang-undang berkaitan menghasut jenayah dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kebimbangan dalam kalangan rakyat. – AFP.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén