Pembangkang hari ini jauh lebih baik daripada dahulu

0
568

KUALA LUMPUR: Pembangkang pada hari ini lebih kukuh dan berpengalaman dalam memberi hujah berkaitan masalah rakyat dan menjalankan proses semak dan imbang terhadap janji-janji yang dibuat Pakatan Harapan, kata Pemuda UMNO.

Exco sayap parti itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin melalui perbahasan beliau di Dewan Rakyat ketika persidangan pada Rabu.

“Beliau menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara yang mesti dihormati, seperti kedudukan agama Islam, Raja Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu serta hak orang Melayu.

“Selain itu, Ahli Parlimen lain seperti Datuk Seri Najib Razak juga diberi peluang menjelaskan projek Rel Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR),” kata Wan Muhammad Azri, sambil membandingkan bekas perdana menteri itu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menurutnya “terkial-kial” ketika menjawab soalan berhubung kos penuh projek tersebut.

Wan Muhammad Azri turut memuji usaha dilakukan bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Said (Ahli Parlimen Kuala Krau) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Ahli Parlimen Beluran) serta Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, hari ini, Jemaah Menteri diharap akan menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi menjawab segala perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here