Portal berita terbaik anda

Utama

Pemandu Hilux ‘naik hantu’ rempuh orang awam di tapak bazar Bukit Sentosa

Hari ini orang awam di tapak bazar ramadan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Selangor hampir sahaja menemui ajal selepas sebuah kereta jenis Toyota Hilux memandu secara melulu merempuh tapak bazar di situ.

Berdasarkan maklumat daripada Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, lelaki terbabit telah pun berjaya ditangkap orang ramai dan telah dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.

Buat gila rempuh orang awam

Selepas disiasat, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan melulu sehingga menyebabkan beberapa orang tercedera.

Orang ramai cuba hentikan kereta Hilux gila

Menerusi rakaman video, dilihat orang ramai termasuk anggota RELA yang bertugas, cuba memberhentikan kereta tersebut dengan membaling beberapa objek keras ke arah kenderaan itu.

Bergaduh dulu sebelum rempuh orang

Dalam satu komen, netizen mendakwa sebelum kejadian suspek telah bergaduh dengan pemandu kenderaan di hadapannya kerana tidak berpuas hati dengan keadaan jalan yang sesak.

Melihat suspek memukul mangsa, orang ramai yang berada di sekitar datang membantu, dan kemudian suspek menaiki kenderaan dan mula membuat kacau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang tadi, diberitahu dua orang awam tercedera, namun mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, tindakan suspek berusia 30-an berkenaan turut mengakibatkan dua lelaki cedera di lokasi kejadian.

“Pemandu sudah ditangkap selepas didapati memandu kenderaan secara melulu.

“Polis masih berada di tempat kejadian untuk jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Loading...

Leave a Reply