Portal berita terbaik anda

Viral

Pemandu bas berdarah bibir mulut dibelasah sekumpulan lelaki

KUANTAN – Seorang pemandu bas ekspress berdarah bibir mulut selepas dipukul beberapa lelaki dalam satu kejadian di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, di sini malam tadi.

Mangsa sebelum itu dikatakan singgah di salah sebuah kedai makan di situ mengisi perut.

Ketika mahu beredar, mangsa didatangi beberapa lelaki di kasawan parkir sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Tiba-tiba salah seorang daripada lelaki itu telah menampar kepala diikuti beberapa lagi lelaki lain.

Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi terkepung dan hanya mampu menutup kepalanya daripada terus dipukul.

Sementara itu, satu video memaparkan mangsa sedang dibelasah tular di media sosial.

Salah seorang netizen mendakwa, kejadian itu berpunca daripada pemandu bas yang menampar pelayan kedai makan yang juga adik kepada salah lelaki yang memukulnya.

Berang dengan tindakan pemandu bas, lelaki itu telah mengajak beberapa orang rakannya untuk menyerang mangsa.

Bagaimanapun, netizen yang lain menyangka dakwaan tersebut dan memberitahu pelayan kedai itu sebenarnya yang bersalah.

Pelayan itu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat ke arah pemandu bas menyebabkan pemandu bas itu memberi amaran supaya menjaga tutur kata.

Kejadian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan lelaki tesebut memukul pemandu bas.

Loading...

Leave a Reply