Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Pelantikan Thomas gugat kedudukan istimewa Melayu, Bumiputera – Tun Faisal

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa orang Melayu dan umat Islam bimbang pelantikan Thomas akan mengancam kedudukan mereka yang dilindungi di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat suara “sosialis, liberal dan sekular” yang mula mempersoalkan keistimewaan orang Melayu.

“Pelantikan Thomas dilihat sebagai langkah pertama kerajaan Pakatan merealisasikan desakan-desakan golongan ini,” katanya.

Beliau berkata pelantikan Thomas kemungkinan akan menyebabkan perubahan penafsiran undang-undang mengenai kedudukan Islam.

Memandangkan ini, Tun Faisal berkata PAS kini boleh melupakan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud dan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Walaupun Pakatan menyebut bahawa kedudukan Islam dan orang Melayu/Bumiputera tetap akan diutamakan dan dijaga, ‘track record’ Pakatan dalam menunaikan janji amat teruk sekali.

Thomas (kanan) merupakan peguam kepada Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

“Sebelum PRU14, kita telah mengingatkan bahawa janji Pakatan boleh mengakibatkan defisit dan risiko ekonomi kepada negara. Malangnya pengundi Pakatan tidak percaya.

“Hari ini terbukti Pakatan tidak mampu melaksanakan janji-janji mereka malah lebih teruk lagi kenyataan dan tindakan mereka semakin merosakkan ekonomi negara.

“Adakah ini yang diinginkan oleh umat Islam dan orang Melayu yang mengundi Pakatan? Atau adakah umat Islam dan orang Melayu merasa tertipu dengan janji-janji dan jaminan yang ditaburkan oleh Pakatan semasa mereka merayu undi? Soal Faisal yang dikenali aktif dalam Unit Media Baru Umno.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén